Thursday, 22 December 2011

Sepupu Je Pun...


"Walla wei. Kecoh sey. Sepupu aku je pun. Takkan semuanya dosa. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Semuanya haram! Bajet solehah betul". 

Huhu. Sentap gak penulis bila kena libas dengan ayat macam ni. 

Iye. Memang dia sepupu tapi dia tetap bukan mahram. Kita sering melihat ramai yang bergaul sesama satu sama lain secara bebas antara lelaki dengan perempuan di atas lesen 'mereka' sepupu atau saudara mara. Takkan nak bermesra dengan sepupu/ saudara sendiri pun salah? Betul tak? Tak salah kawan-kawan dengan syarat kita jaga batas pergaulan mengikut syarak. Sama jugak macam 'couple'. Sesetengah orang marah betul bila nampak pasangan couple  duk berdating. Berdua-duaan pulak tu. Allah. Meluat rasa. Rasa macam nak 'bagi' je kan. Hihi.
Meh nak tanya. Biasanya orang couple tu dengan mahram ke dengan bukan mahram? Mestilah dengan bukan mahram. Betul tak? Satu lagi soalan. Sepupu atau saudara mara tu mahram ke bukan mahram? Agak-agak kita boleh kahwin tak dengan diorang? Boleh kan? So? For sure la jawapannya pun, BUKAN MAHRAM...




Kawan-kawan...
Persoalannya di sini bukannya tentang couple, sepupu atau saudara mara tetapi tentang mahram dan bukan mahram.Kalau dah nama pun bukan mahram, mestilah ada batas-batasnya. Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan pada prinsipnya . Tetapi ia hendaklah berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Mengikut Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam fatwa Mu'asyirah:


1. Menahan pandangan dari dua belah pihak.
Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka". (Surah al-Nisa:30-31)


2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara' iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan bentuk badan. 

Firman Allah swt yang bermaksud:
"...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." (Surah al-Nur:31)

Pakaian tersebut juga dapat membezakan di antara wanita baik dan wanita tidak baik.

3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah dalam semua keadaan terutama apabila bergaul dengan lelaki:

      i)Perkataan: elakkan daripada menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
     ii)Berjalan: jangan memancing pandangan orang.
     iii)Pergerakan: tidak melenggang lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.

5. Jangan berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan tanpa disertai mahram.

6. Pergaulan itu di dalam batas-batas keperluan sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu dalam pergaulan tersebut. Antaranya ialah:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang diluar topik perbincangan.

2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi.

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.

Kawan-kawan...
Harus di ingat! Sepupu bukan lesen untuk kita bebas bergaul tanpa mengira jantina. Islam tidak melarang kita untuk bergaul antara lelaki dan perempuan tetapi semua itu punya batasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Jaga Jarak Anda! Anda Mampu Mengubahnya ^^
Wallahu'alam
Sekian...



No comments:

Post a Comment