Wednesday, 4 January 2012

Maaf

Assalamualaikum. 
Salam Mahabbah Islamiah.
Salam kemaafan kepada semua pembaca. 
Diri ini baru sahaja menapak dalam dunia penulisan blog.
Diri ini baru sahaja bertatih untuk melontarkan idea melalui medium ini. 
Segala kekurangan, kelemahan jua kekhilafan mohon dimaafkan.
Mohon jua tunjuk ajar dan teguran daripada pembaca moga sama-sama memperoleh manfaat.
Moga-moga apa yang ditulis ini adalah ibadah.
Yang membacanya jua ibadah.
Diamalkan juga ibadah.
"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"
Buat semua
Biar diri tak dihargai asal punya harga diri
dari hilang harga diri demi untuk dihargai.
Ikhlaskan hati keranaNya
Mudah-mudahan diberkati
Bassya!
^^

Final Exam 2011/2012

Alhamdulillah. Selasa lepas (3 Jan) telah selesai satu paper. Paper Teknologi Maklumat Dakwah. Subjek yang pada mulanya seakan-akan tidak mendapat tempat di hati. Hehe. Tetapi setelah dibaca, difahami dan diteliti macam best je subjek ni.  Menyesal tak faham kan betul2 masa ustaz ngajar. Moral of the story, jangan cepat menilai sesuatu tanpa mencuba terlebih dahulu. :)

Apa pun, semua tu dah lepas. So, sekarang ni kena fokus pada paper kedua. Adab Ikhtilaf. Subjek favourite sebab belajar dalam bahasa Arab. Boleh la improve sikit2 BA yg dah lama tinggal. Lagipun teringat amanat seorang musyrif:

"Tob'an. Enti tolibah mumtaz jiddan. Tolong cintai Bahasa Arab mati-matian. Enti ada malakah. Jangan kufur nikmat. Allah dah pilih enti dalam misi memartabatkan Bahasa Arab di Malaysia. Belajar sampai jadi Prof. Ust cabar enti! Takbir"...
~I'Allah.  I will fulfill your wish ustaz. Pray for us. ^^


Nak jadikan cerita, saat hati semangat tuk study subjek ni, Allah uji diri. Got fever. Seharian tidak mampu melakukan urusan hidup macam biasa. Namun, digagahkan jua kaki menapak untuk menunaikan kewajipan. UjianMu ya Allah. Ingin aku menangis tatkala sakit menyapa diri. Ingin aku ratapi bisa yang mencengkam diri. Tapi kupujuk hati. Aku yakin dengan janjiMu ya Allah.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanNya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir". (2:286)

Ya. Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu di luar kemampuan kita. Percayalah. Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya. Seringkali mengingatkan diri bahawa Allah Maha Adil. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita bukanlah suatu yang sia-sia. Kadang sakit yang mendatang. Kadang teman tak sehaluan. Kadang cemerlang gagal dicapai. Namun itulah ujian. Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sabar menghadapi ujian yang mendatang. Mungkin akan ada yang berkata, "senang la suruh sabar. Kalau kena kat dia baru tau. Mesti terduduk tak tau nak kata apa. Masa tu entah kenal ke tak erti sabar". Yup. I'm not in your shoes but I know 'be patient' is the key. Banyak perkara dalam hidup ini yang dah dilalui. Kesakitan seakan sudah sebati dengan diri tapi sering memandangnya dari sudut positif. Bila kita pandang apa yang berlaku secara positif, kita akan tercari-cari hikmah disebalik semuanya. Mungkin hikmah itu tersurat mahupun tersirat tapi apa pun, ikhlaskan hati menghadapinya. Bila kita ikhlas, hati akan tenang. Mudah-mudahan kita juga akan menjadi hamba yang redha atas segala ketetapan dan ketentuanNya insya Allah. ^^

Sahabat-sahabat
Jadikan kesusahan dan kesakitan itu sebagai satu cabaran dalam menghadapi kehidupan. Jangan jadikan ia sebagai tembok yang menghalang diri daripada berusaha. Nak malas boleh tapi hidup takkan berjaya la. Hehe. Nak ke hidup tak succes? :)

Dan yang paling penting:
لا تيأسوا من رحمة الله

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Yakin dan percayalah, segala apa jua yang Allah berikan samada kesenangan mahupun kesusahan ianya adalah ujian. Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang perlu bagi hidup kita. Kadangkala kita suka pada sesuatu padahal ia tidak baik untuk kita. Mungkin juga kita membenci sesuatu sedangkan ianya yang terbaik untuk kita. Sepertimana firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

'Diwajibkan atas kamu berperang padahal iti tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'.

Last but not least, redhalah dengan segala ketentuan Allah. Sabar dalam menghadapi ujian yang mendatang dan Ikhlaskanlah hati dalam melaluinya. Moga kehidupan kan sentiasa diberkati insya Allah. :)
Wallahu'alam. Sekian. 




Sunday, 1 January 2012

~Raja Sehari~

Bila sebut pasal raja sehari je, mesti semua (terutama yg belum berkahwin) duk terbayang-bayang, alangkah indahnya detik, saat dan ketika itu. Dan mereka yang telah berkahwin pulak mesti duk teringat masa bergelar raja sehari dulu. Macam meriah je kan jadi raja sehari. Jom. Lalala~~~ ^^

Tapi sahabat-sahabat, apa yang ingin ketengahkan di sini ialah bukan tentang perkahwinan tetapi ingin saya mengajak sahabat-sahabat berfikir tentang beberapa perkara yang sering masyarakat terlepas pandang sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.

Jika kita perhati dan teliti masyarakat hari ini seakan-akan tidak mengambil endah tentang hal solat. Terlalu sibuk menguruskan majlis hingga tidak sedar telah masuk waktu solat. Terlalu sibuk menghias diri hingga tidak perasan azan telah berkumandang. Terlalu sibuk melayan tetamu hingga terlupa kewajipan yang satu ini. Allahuakbar. Nauzubillah.

Sahabat-sahabat,
Harus diingat bahawa solat itu satu kewajipan yang telah diamanahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya. Sesibuk mana pun kita, di mana pun kita berada, bagaimana pun kesihatan kita ia nya tetap wajib dan Allah telah mengariskan cara-cara solat mengikut keadaan-keadaan yang tertentu. Malah Allah swt juga telah memberi ruhsah kepada kita untuk melaksanakan solat. Contoh, ketika kita sakit Allah swt telah mengariskan kaifiyah yang tertentu seperti solat dalam keadaan duduk, baring dan sebagainya. Lalu alasan apakah lagi yang ingin kita beri untuk tidak menunaikannya? Kalamullah juga acap kali mengingatkan kita tentang kewajipan menunaikan solat ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi-bagi orang yang bertaqwa". (Surah at-Thaaha: 132)

Mafhum daripada ayat di atas ialah Allah memerintahkan kepada seluruh hambaNya untuk menunaikan solat dan bersabarlah dalam melaksanakannya. Allah memberikan ganjaran yang besar bagi mereka yang melaksanakannya secara ikhlas dan bersabar.

Firman Allah swt dalam surah an-Nur ayat 56 yang bermaksud

'dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul swt supaya kamu beroleh rahmat'.


Bagaimanakah kita ingin mendapatkan rahmat Allah? Mudah sahaja. Syaratnya hendaklah menunaikan solat serta zakat dan taatlah kepada Allah dan Rasul saw. Tidak payahkan? Senang je. Yang penting, hati mesti ikhlas.



Sahabat-sahabat,
Perkara kedua yang sering berlaku saat berlangsungnya majlis perkahwinan ialah 'Tabarruj'. Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 34:

Maksud: dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingakah laku) seperti orang-orang jahiliah terdahulu.

*Jahiliah dahulu ialah jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum zaman Nabi Muhammad saw. Dan yang dimaksudkan jahiliah sekarang ialah jahiliah kemaksiatan yang terjadi setelah datangnya Islam.

Tabarruj ini terlalu suka sangat berhias diri di luar rumah. Jika kita lihat kepada raja sehari hari ini, mereka terlalu bertabarruj sedangkan berhias itu hanyalah untuk suami bukannya menjadi tatapan umum kepada semua pihak. Islam telah menggariskan panduan untuk menutup aurat dan cara berhias diri. Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

'Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengenakan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.




Kesimpulannya ialah melangsungkan walimah itu adalah salah satu sunnah tetapi jangan terlalu leka melaksanakan yang sunnah sehingga yang wajib kita abaikan. Nak wat majlis tiga hari tiga malam tak ada masalah yang penting solat dijaga. Nak pakai yang cantik-cantik pun boleh tapi pastikan ianya tidak keterlaluan sehingga jatuh kepada hukum haram.



Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Ingatlah Allah dalam apa jua keadaan. Insya Allah hidup lebih diberkati dan direhai. Wallahu'alam. Sekian.