Saturday, 31 December 2011

Nah! Allah Bayar Cash...

"Kak, tak elok buat orang macam tu. Nanti Allah balas balik", tegur mama.
"Ala. Takpe ma. Bukan selalu", jawab si anak.
Mama diam.
"Allahuakbar, sakitnya!", getus si anak. Kepalanya terhantuk dinding.
"Nah! Allah bayar cash. Mama cakap tak nak dengar".
Si anak hanya mampu tersengih bagaikan kerang busuk. Dan Aku hanya mendiamkan diri dan sesuatu menerawang di fikirannya.

Sekilas pandang, dialog kat atas tu macam benda biasa je kan. Perkara yang seringkali berlaku kalau duk tak mendengar nasihat. Tetapi sekiranya kita teliti dan fahami, kata-kata ibu adalah doa. Kadang kala kita terlepas pandang pada perkara-perkara yang remeh tetapi sebenarnya Allah ingin kita menyedari sesuatu dan belajar daripadanya. Contohnya kita buat tak tahu je kalau mak kita nasihat sebab kita rasa yang dinasihat tu something yang simple je. Harus diingat kawan-kawan, simple-simple kata seorang ibu pun ia nya DOA. So, menjadi kewajipan kepada si anak untuk mentaati kedua ibu bapa selagi mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 

Mentaati ibubapa satu kewajipan. Mendengar setiap butir kata yang meniti dibibirnya juga satu kewajipan. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Luqman ayat14 yang bermaksud:


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".


Mafhum daripada ayat di atas, kita tidak mesti tidak wajib mentaati ibubapa kita. Ibu yang telah menanggung segala susah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan, menyusukan kita, menjaga kita dan mengasuh kita. Siapakah kita untuk menjadi seorang yang kufur nikmat?Siapakah kita untuk membantah ibubapa kita saat kita telah dewasa? Bukankah diri kita ini telah ditatang bagai minyak yang penuh kala kita baru belajar bertatih mengenal dunia? Layakkah kita untuk membelakangkan mereka?


Seringkali juga kita mendengar
"Kerehaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibubapa".


Jom kita renungi diri. Adakah kita tergolong dalam golongan yang mendapat redha ibubapa kita? Atau sebaliknya? Nauzubillah. 
Macam mana pula kita nak dapatkan redha ibubapa? Mudah je. Taat pada keduanya selagi mana tidak bercanggah dengan Islam. Jadi, kalau mak kita duk nasihat suh tutup aurat, patuh je la. Tak susah pun tutup aurat. Tutup aurat kan wajib. Anak yang baik juga akan sentiasa mendoakn untuk kedua ibubapanya. 



Menghormati dan berbakti pada ibubapa juga merupakan tanggungjawab seorang anak. Selagimana mereka masih hidup, gunakanlah kesempatan yang ada untuk menghormati dan berbakti kepada mereka. Sebut pasal gunakan kesempatan yang ada ni, aku teringat pada arwah Mak Long. Aku cukup terkesan dengan pemergian Mak Long pada November yang lepas. Meskipun arwah hanya emak saudaraku tetapi aku boleh dikatakan rapat dengan beliau. Tiap kali aku balik kampung je, mesti akan ada je something untuk aku. Aku selalu ingat ayat beliau, "Sekarang Mak Long yang memberi. Ada la rezeki sikit tinggalan arwah Pak Long. Nanti esok lusa bila "F" (nama panggilan di rumah) dah kerja, F pula yang bagi Mak Long. Boleh kan?". Allahuakbar. Tapi beliau pergi tanpa sempat aku melafazkan sebarang kata. Beliau pergi tatkala tak terzahir kata-kata maaf daripada aku. Beliau pergi tanpa aku sempat mencium tangannya untuk kali terakhir. Beliau pergi tatkala aku masih belum sempat membalas segala jasanya. Beliau pergi saat aku tidak mampu melakukan sesuatu melainkan doa. Perginya beliau memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku. Aku berazam, aku tidak akan mensia-siakan emak dan ayah, aku tidak akan mensia-siakan mama dan ayah, aku tidak akan mensia-siakan mereka ya Allah. 

Sahabat-sahabat, jangan pernah mensia-siakan ibubapa selagi mereka masih hidup. Mereka begitu berharga dalam kehidupan kita. Jangan pernah sesekali menderhakai mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita berikan kepada mereka. Takkan pernah sama dengan pengorbanan mereka. 

Tetapi hari ini aku cukup bimbang tatkala begitu ramai remaja yang menderhakai ibubapa mereka. Betapa mereka berani melawan kata-kata seorang ibu. Betapa mereka berani menengking seorang ayah. Betapa zalimnya mereka tatkala berita anak menyembelih seorang ayah sampai ke pengetahuanku. Betapa aku risau dan takut. Betapa aku bimbang dan rungsing terhadap remaja-remaja sekarang. Ke manakah perginya nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka? Moga-moga kita semua dalam perlindunganNya. Mudah-mudahan jua Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan membuka pintu taubat buat mereka. Aminnn... 

Akhir kalam, sekali lagi nak ingatkan WAJIB mentaati ibubapa selagimana ianya tidak bertentangan dengan syariat. Meskipun kadangkala suruhan, perintah dan larangan yang keluar daripada mulut mereka adalah sesuatu yang mungkin kita pandang ia just a simple thing tapi tidak pada pandangan Allah swt. 
Wallahua'lam. Sekian.

No comments:

Post a Comment